Home Nasional Lawatan kerja Speaker Dewan Rakyat diteruskan ke DUN zon timur
Nasional

Lawatan kerja Speaker Dewan Rakyat diteruskan ke DUN zon timur

Lawatan kerja Speaker Dewan Rakyat diteruskan ke DUN zon timur

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos– Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan meneruskan lawatan kerjanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di zon timur meliputi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula esok hingga 13 Ogos ini.

Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen dalam kenyataan memaklumkan ia merupakan kesinambungan lawatan Johari ke DUN zon selatan pada 23 hingga 25 Julai dan DUN zon utara pada 5 hingga 8 Ogos lalu.

Lawatan kerja ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini akan dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 11 Ogos.

Ia diikuti dengan lawatan kerja ke DUN Terengganu pada 12 Ogos dan Dewan Negeri Pahang (13 Ogos).

Sementara lawatan kerja ke DUN Selangor pula pada 15 Ogos.

“Sepanjang lawatan kerja Yang Dipertua Dewan Rakyat ini, antara tunjang perbincangan beliau adalah merakyatkan institusi legislatif, pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan badan legislatif serta inisiatif melahirkan kepimpinan generasi baharu yang cakna akan ilmu ketatanegaraan dan pentadbiran negara,” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...