Home Nasional Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMA

ISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan bermula esok dijangka membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang terjalin sejak Malaysia mencapai mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan berkata, Kerajaan Pakistan menaruh harapan tinggi terhadap kunjungan Datuk Seri Anwar ke Islamabad.

Ini khususnya dalam memacu hubungan diplomatik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi merangkumi pelbagai bidang berkepentingan bersama.

\”Kerajaan Pakistan juga telah menaik taraf lawatan Perdana Menteri ini daripada lawatan rasmi kepada lawatan negara.

\”Hubungan antara Malaysia dan Pakistan ditakrifkan sebagai hubungan persaudaraan akrab antara dua negara Islam berlandaskan kepada prinsip saling menghormati antara satu sama lain serta hubungan antara rakyat yang rapat,\” katanya.

Datuk Mohammad Azhar berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar di bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, hari ini.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...