Home Nasional LAWA 2024 iktiraf organisasi dan pemimpin terajui prinsip DEI, terap dasar mesra pekerja
Nasional

LAWA 2024 iktiraf organisasi dan pemimpin terajui prinsip DEI, terap dasar mesra pekerja

LAWA 2024 iktiraf organisasi dan pemimpin terajui prinsip DEI, terap dasar mesra pekerja

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 November- Sebanyak 38 organisasi dan pemimpin yang menerajui prinsip kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) serta amalan nilai mampan ditempat kerja telah menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah \’Life At Work\’ (LAWA) 2024.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong memaklumkan penganjuran itu mencerminkan komitmen kementeriannya terhadap kepentingan dasar mesra pekerja selaras dengan visi Malaysia MADANI.

\”Penyertaan daripada syarikat di Malaysia ini sebanyak 200 penyertaan menunjukan bahawa DEI khususnya ia bukan suatu perkara yang tidak muhasabah ataupun satu perkara yang mustahil malah banyak syarikat yang telah melaksanakan dasar-dasar yang mesra kepada pekerja khususnya dalam aspek DEI,\” katanya.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam sidang media selepas majlis anugerah itu yang diadakan di ibu negara.

Dalam pada itu beliau berharap anugerah itu mampu memberikan motivasi dan dorongan kepada syarikat serta majikan di Malaysia untuk terus melaksanakan dasar mesra pekerja yang mengangkat kebajikan, kemahiran dan keberhasilan dalam kalangan pekerja mereka.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....