Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Laporan kemajuan intervensi kurikulum diumum dalam tempoh terdekat
Nasional

Laporan kemajuan intervensi kurikulum diumum dalam tempoh terdekat

Laporan kemajuan intervensi kurikulum diumum dalam tempoh terdekat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Laporan kemajuan intervensi kurikulum yang merupakan salah satu daripada hala tuju reformasi pendidikan akan diumum dalam tempoh terdekat.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),kemajuan implementasi terhadap intervensi kokurikulum itu yang sedang berjalan bagi menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikannya relevan dengan keperluan murid.

\”KPM prihatin terhadap kegusaran masyarakat mengenai isu kurikulum berat seperti yang dilaporkan di laman media sosial.

\”Kefahaman dan kerjasama antara guru, ibu bapa dan masyarakat adalah diperlukan bagi memastikan intervensi dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya,\” menurut kenyataan itu.

Jelas KPM, intervensi kurikulum yang telah diumumkan pada Mac lepas mengandungi empat inisiatif.

\”Antara empat inisiatif itu ialah Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 yang melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap I sedia ada.

\”Selain itu, pengesanan awal literasi dan numerasi bertujuan untuk mengenal pasti murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

\”Inisiatif turut merangkumi Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah yang mesra ibu bapa dan pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi semua mata pelajaran ditukar dalam bentuk peratus dan gred; serta Penataran Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 disebarluaskan kepada semua guru mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah rendah menerusi penganjuran webinar,\” menurut kenyataan.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...