Home Nasional Laporan Ekosistem Startup Global 2024, KL antara 30 ekosistem membangun
Nasional

Laporan Ekosistem Startup Global 2024, KL antara 30 ekosistem membangun

Laporan Ekosistem Startup Global 2024, KL antara 30 ekosistem membangun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos– Berdasarkan Laporan Ekosistem Startup Global 2024, Kuala Lumpur tercatat antara 30 ekosistem membangun dengan janaan sehingga RM220 bilion.

Bagaimanapun, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu anjakan perlu dilakukan dengan mengambil kira pencapaian negara lain.

Ini khususnya berkaitan bidang teknologi dan inovasi baharu.

\”Bagi saya ini satu permulaan. Tetapi, kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh negara lain, inisiatif atau ikhtiar mereka, penumpuan mereka, itu tentunya akan memberi manfaat bagi kita menunjukkan bahawa masih terlalu luas ruang untuk kita perbaiki.

\”Kita harus bersedia membuka lembaran, menerjah dalam dan kepakaran yang ada itu harus sentiasa dinilai.

\”Hebat kita bukan sahaja ketimbang tahun lalu atau 10 tahun lalu, hebat kita itu ketimbang kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain, sama ada jiran atau negara-negara lain, kalau kita asyik memperbaiki prestasi negara yang lalu, yang kadang-kadang tahapnya sangat rendah, kita tidak akan mencapai apa-apa yang membanggakan\”, katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia(MCY)2024 di ibu negara.

Dalam pada itu, kerajaan sentiasa menilai risiko geopolitik serta perubahan persekitaran global yang mampu memberi kesan terhadap negara.

Anwar berkata negara kini sedang berada dalam landasan tepat untuk mencapai kemajuan ekonomi.

\”Sekarang kita berada di landasan yang betul, tetapi kerajaan juga peka terhadap kesan geopolitik antarabangsa dan akan menilai dari semasa ke semasa\”, katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2024 di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kesan gempa bumi yang melanda Jepun dan konflik Rusia dan Ukraine terhadap ekonomi Malaysia.

Memasuki edisi kelapan penganjuran MCY 2024, program diadakan sebagai usaha meningkatkan lagi pengkomersialan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi tempatan negara.

Pelbagai pameran inovasi diadakan sepanjang dua hari penganjuran sehingga esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....