Home Nasional Lapan maut, dua cedera dalam nahas dua kenderaan di Sarawak
Nasional

Lapan maut, dua cedera dalam nahas dua kenderaan di Sarawak

Lapan maut, dua cedera dalam nahas dua kenderaan di Sarawak

Foto JBPM Sarawak

SARIKEI, 21 November- Lapan maut, manakala dua lagi cedera dalam nahas dua kenderaan di Jalan Pan Borneo, Sarikei-Sibu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin, nahas meragut nyawa lapan lelaki dalam kenderaan pelbagai guna (MPV), termasuk tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan.

\”Kemalangan berlaku apabila MPV berkenaan melarikan diri daripada pemeriksaan kereta peronda polis dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah pacuan empat roda.

\”Dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan, manakala enam lagi tersepit di dalamnya.

\”Pasukan bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

\”Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, dua lagi mangsa daripada pacuan empat roda mengalami kecederaan; diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....