Home Nasional Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadi

REMBAU, 12 Mac – Lapan penumpang cedera selepas sebuah bas ekspres yang membawa 39 penumpang dan seorang pemandu terbabas di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.01 pagi sebelum menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, PBK II Amer Izham Mokthar, kejadian itu melibatkan 28 penumpang wanita dan 12 penumpang lelaki dewasa.

“Enam mangsa wanita dewasa mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta anggota Unit EMRS JBPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa dua lelaki yang cedera telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja\’afar, Seremban untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat melibatkan enam balai bomba berhampiran, iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, BBP Kota, BBP Tampin, BBP Senawang, BBP Seremban dan BBP Seremban 2, dengan kekuatan 26 anggota.

“Kami menggerakkan dua jentera FRT, satu jentera LFRT, dua kenderaan EMRS dan satu kenderaan RRV bagi membantu operasi menyelamat,” tambahnya.

Operasi berjaya dikawal pada pukul 6.25 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.25 pagi.

Kes kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...