Home Nasional Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara
Nasional

Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara

Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara

Landskap kesuburan Malaysia telah mengalami perubahan ketara dengan penurunan daripada 4.9 anak pada 1970 kepada 1.6 anak pada 2022 / Foto Hiasan / Bernama

PUTRAJAYA, 12 Julai – Landskap kesuburan Malaysia telah mengalami perubahan ketara dengan penurunan daripada 4.9 anak pada 1970 kepada 1.6 anak pada 2022.

Jabatan Perangkaan (DOSM) memaklumkan, peralihan itu berkait rapat dengan kelewatan perkahwinan iaitu golongan perempuan memilih untuk merancang keluarga pada usia lebih berumur kerana mengejar pendidikan dan kerjaya.

Selain itu, DOSM mendapati purata umur perkahwinan juga telah meningkat dengan ketara daripada 24.7 tahun (1990) kepada 28.9 pada 2022, memberi kesan kepada tahap kesuburan.

“Sekiranya trend penurunan kesuburan berterusan, saiz isi rumah Malaysia juga mengecil pada masa akan datang.

\”Berdasarkan dapatan Banci Malaysia 2020, purata saiz isi rumah persendirian di Malaysia menurun daripada 5.5 pada 1970 kepada 3.9 orang pada 2020, yang akan mengakibatkan bilangan penduduk Malaysia berkurang,” menurut DOSM menerusi kenyataan.

Laporan berkenaan diterbitkan bersempena dengan Hari Penduduk Sedunia yang disambut setiap pada 11 Julai 1989, bertujuan meningkatkan kesedaran kepada kepentingan isu kependudukan di dunia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....