Home Nasional Laluan bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan ditutup sementara
Nasional

Laluan bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan ditutup sementara

Laluan bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan ditutup sementara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Penutupan jalan secara sementara akan diadakan bersempena Sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Laman Putra 4, Presint 1, Putrajaya Rabu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan penutupan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat.

\”Laluan kenderaan di bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan dibuka semula selesai acara tembakan meriam dilakukan.

\”Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur khasnya telah menempatkan lebih kurang 82 anggota bagi mengawal lalu lintas sepanjang program tersebut berlangsung.

\”Pengguna jalan raya terutama petugas dan kakitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,\”katanya menerusi kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862135.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...