Friday , 15 November 2024
Home Nasional Labuan salah satu lokasi penganjuran program ASEAN 2025
Nasional

Labuan salah satu lokasi penganjuran program ASEAN 2025

Labuan salah satu lokasi penganjuran program ASEAN 2025

Hannah Yeoh

LABUAN, 8 November- Labuan tidak terkecuali menerima manfaat dalam penganjuran Sidang kemuncak ASEAN yang dipengerusikan Malaysia pada tahun depan.

Perkara itu berikutan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam rancangan menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi penganjuran program sempena persidangan itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, setiap kementerian diminta merangka program masing-masing di pelbagai lokasi di seluruh negara.

\”Jadi kita sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Labuan sebagai salah satu daripada penganjur program ASEAN untuk belia bawah Kementerian Belia dan Sukan.

\”Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan memperhalusi semua topik dan cadangan tersebut. Kita pasti akan memberikan pertimbangan untuk Labuan,\” katanya kepada pemberita pada Majlis Libat Urus Bersama NGO Belia dan Sukan di sini.

Dalam perkembangan lain beliau dalam usaha menjadikan Labuan sebagai destinasi penganjuran program ekspo belia sukan pada tahun depan.

Usaha itu dilihat akan membantu dalam merancakkan ekosistem sukan dan belia di pulau itu selain memaklumkan permohonan geran padanan sukan dan dana sukan komuniti boleh dipohon ke kementerian itu.

Beliau juga mahu peruntukan berkenaan akan dimanfaatkan badan bukan kerajaan (NGO) belia dan sukan di Sabah, Sarawak dan termasuk Labuan.

Related Articles

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan
Nasional

Malaysia tumpu pemusatan ASEAN selaku Pengerusi ABAC tahun depan

Foto RTMLIMA, 15 November-Malaysia selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ABAC) tahun...

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs
Nasional

Lebih 500 calon SPM sertai Program TRIPs

FOTO FCoEEKANGAR, 15 November- Seramai 509 orang pelajar dari 25 buah sekolah...

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC
Nasional

PM adakan pertemuan dengan Google di luar Sidang Kemuncak APEC

Foto Facebook anwaribrahimofficialLIMA,15 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan...

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Nasional

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

Foto PMOLIMA, 15 November–Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan 50...