Home Nasional Kutipan tol WCE bermula Rabu depan
Nasional

Kutipan tol WCE bermula Rabu depan

Kutipan tol WCE bermula Rabu depan

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

KUALA LUMPUR.19 Julai-Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan melaksanakan kutipan tol bermula 24 Julai (Rabu) depan.

Menurut Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE,Syed Mohamed Idid dalam satu kenyataan, kutipan tol akan dilaksanakan di Jajaran Seksyen 11 iaitu di Plaza Tol Taiping Selatan, Trong dan Beruas mulai jam 12.01 tengah malam.

Ujarnya, jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu telah beroperasi secara percuma selama empat bulan.

“WCE Jajaran Seksyen 11 telah beroperasi secara percuma sejak dirasmikan oleh Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 12 Mac yang lalu.

\”Kutipan tol Seksyen 11 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan Kad Touch N Go, RFID.

Jelasnya, pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-Wallet dan kad Touch \’N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi menggelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.

Orang ramai boleh melayari laman web WCE atau muat turun aplikasi WCE bagi maklumat lanjut mengenai kadar tol.

Jika terdapat sebarang masalah mengenai pembayaran tol, hubungi WCE Infoline di 1700 81 6600 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...