Home Nasional Kumpulan keempat MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan
Nasional

Kumpulan keempat MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan

Kumpulan keempat MALBATT 850-12 berlepas ke Lubnan

Foto FB MINDEF

SUBANG, 18 November– Kumpulan keempat kontinjen Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 berlepas hari ini, dari Pangkalan Udara Subang bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Kontinjen yang diketuai oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin terdiri daripada tujuh pegawai dan 202 anggota lain-lain pangkat.

Majlis penghantaran yang berlangsung di Hangar 16 Skuadron itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan berkata penghantaran kontinjen itu adalah bagi penugasan misi UNIFIL susulan pasukan MALBATT 850-11 yang tamat menjalankan tugas di Lubnan.

Pertukaran itu juga selaras dengan ketetapan Force Commander Pasukan UNIFIL yang turut membabitkan semua negara yang menyertai misi tersebut dengan mengambil kira semua faktor dan situasi semasa.

Pergerakan MALBATT 850-12 dilaksanakan secara berperingkat sejak 6 November lepas dengan kekuatan keseluruhan seramai 854 anggota termasuk 30 daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....