Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Kualiti internet lebih baik bawah pelan JENDELA di dua kampung di Kulai, Johor
Nasional

Kualiti internet lebih baik bawah pelan JENDELA di dua kampung di Kulai, Johor

Kualiti internet lebih baik bawah pelan JENDELA di dua kampung di Kulai, Johor

Teo Nie Ching mendengar penerangan mengenai peralatan telekomunikasi menggunakan teknologi MOCN

KULAI, 19 Julai- Seramai 1,500 penduduk di dua kampung di Kulai Johor dan kawasan sekitarnya kini dapat menikmati kualiti perkhidmatan Internet yang lebih baik apabila dua menara komunikasi siap dibina dan diaktifkan melalui penggunaan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN).

Dua kampung tersebut ialah Kampung Murni Jaya 2 dan Kampung Tersusun Murni Jaya di Kulai, Johor.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC hari ini memaklumkan, penduduk di Kampung Murni Jaya 2, boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh CelcomDigi dan Maxis manakala penduduk di Kampung Tersusun Murni Jaya pula menerima perkhidmatan lebih baik daripada CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

\”Selain itu, pembinaan menaramenara komunikasi ini dijangka akan memperluas dan meningkatkan kualiti liputan di kawasan yang bermasalah.

\”Kedua-dua menara komunikasi tersebut dilaksanakan bawah inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),\”menurut kenyataan MCMC.

Jelas MCMC lagi, pagi tadi Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching telah mengadakan lawatan kerja ke tapak menara komunikasi di daerah Kulai yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, wakil kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai dan wakil-wakil penyedia perkhidmatan.

\”Melalui pelan JENDELA, sebanyak 129 menara baharu telah dirancang di negeri Johor. Daripada jumlah tersebut, setakat suku kedua 2024, sebanyak 56 menara komunikasi telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya manakala selebihnya dalam peringkat pelaksanaan.

\”Dijangkakan semua menara komunikasi di bawah pelan JENDELA 1 akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini,\”menurut kenyataan MCMC.

MCMC komited dalam memastikan pelan JENDELA berjalan seperti yang telah dirancang agar rakyat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar berkualiti untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...