Home Nasional KSN baharu akan diumum dalam masa terdekat – Anwar
Nasional

KSN baharu akan diumum dalam masa terdekat – Anwar

KSN baharu akan diumum dalam masa terdekat – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 5 Ogos- Calon Ketua Setiausaha Negara akan diumumkan dalam masa terdekat demikian dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatanpada 10 Ogosini.

\”Kita akan umum dalam masa terdekat,\” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Ogos, di sini.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Zuki Ali atas khidmat beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 2019.

\”Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan kepada dan dasar terhutang budi saya kerana beliau walaupun berpengalaman dengan perdana menteri-perdana menteri sebelum ini, tetapi beliau menjalankan khidmat dengan profesional.

\”Hari pertama nasihat, pandangan, cadangan beliau diberikan secara konsisten yang terbaik untuk perkhidmatan dan negara,\” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut memaklumkan negara berjaya meraih kemajuan ekonomi dan pertumbuhan baik menerusi pengukuhan ringgit yang dicatatkan sejak kebelakangan ini.

Ia sekali gus menjadi kekuatan terbaik yang direkodkan berbanding 14 bulan lalu.

Menurut Anwar, kejayaan itu dipacu hasil kestabilan politik disokong dasar serta kerangka kerajaan yang lebih jelas.

\”Satu elemen sangat penting untuk dijelaskan ialah kerana kita mempunyai budaya tradisi perkhidmatan awam yang banyak berusaha membantu meningkatkan prestasi menjamin kejayaan. Walaupun tidak banyak diuar-uarkan tetapi itu kenyataannya,\” katanya

Dalam pada itu beliau juga mahu kecekapan ditingkatkan selain membaiki kelemahan untuk menuju ke arah yang lebih baik.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...