Saturday , 22 February 2025
Home Nasional KPWKM sedia perhalusi semula kesesuaian kategori bagi pengesahan OKU
Nasional

KPWKM sedia perhalusi semula kesesuaian kategori bagi pengesahan OKU

KPWKM sedia perhalusi semula kesesuaian kategori bagi pengesahan OKU

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Julai– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia memperhalusi kesesuaian kategori-kategori lain untuk disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalamMajlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU).

Ia termasuk bagi individu yang menghidap penyakit kronik melemahkan seperti penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

\”Di samping itu, menurut Seksyen 24 Akta OKU 2008, pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar.\”

\”Permohonan perlu disertakan dengan laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan,\” kata Dr. Noraini kepada di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Sehingga Jun lalu, seramai 717,510 individu telah berdaftar sebagai OKU melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) di seluruh Malaysia.

Terdapat tujuh kategori OKU yang didaftarkan termasuklah kurang upaya pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal dan mental.

Dalam pada itu, setakat Januari tahun ini terdapat 2,174 petugas sukarelawan memberikan khidmat sokongan sosial kepada 8,698 warga emas dan 1,998 OKU di seluruh negara, setakat Januari tahun ini.

\”Kita juga ada Program Home Help atau khidmat bantuan di rumah. Maknanya, individu yang mempunyai penyakit kronik dan terlantar, ia akan dibantu oleh sukarelawan Home Help menjalankan kerja-kerja sukarela di rumah OKU,\” tambah Noraini.

Noraini turut memaklumkan dua jenis bantuan diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan bantuan kewangan kebajikan bulanan sebanyak RM500 sebulan bagi penyakit kronik.

Bantuan tersebut membabitkan 28,281 penerima dengan peruntukkan sebanyak RM165.5 juta tahun lalu.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...