Home Nasional KPWKM komited perkasa peranan wanita, autisme
Nasional

KPWKM komited perkasa peranan wanita, autisme

KPWKM komited perkasa peranan wanita, autisme

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 20 Oktober– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) komited memperkasa peranan wanita dan menyediakan intervensi awal untuk golongan autisme menerusi Belanjawan 2025.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata tumpuan khusus diberikan kepada Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi, masyarakat dan politik.

Jelasnya, program PERANTIS akan dipergiat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

Kita juga nak membantu wanita supaya mereka memupukkan keyakinan diri terutamanya sekali badan bukan kerajaan (NGO). Kita nak menambahkan lagi penglibatan dalam aktiviti NGO.

Kita juga lihat daripada segi kerjaya dan kita akan melaksanakan latihan bersesuaian,\” kata Nancy kepada pemberita pada Majlis Kesedaran Kanser Payudara \”Body Perfect\’s the Power of Pink 2024, hari ini.

Sementara itu, peruntukan sebanyak RM23 juta untuk autisme diberi tumpuan, dengan penekanan kepada intervensi awal bagi kanak-kanak autisme.

Ujarnya, usaha itu akan membantu mereka menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....