Home Nasional KPT tidak terima aduan pengurniaan PhD secara tidak sah
Nasional

KPT tidak terima aduan pengurniaan PhD secara tidak sah

KPT tidak terima aduan pengurniaan PhD secara tidak sah

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sehingga kini tidak menerima sebarang aduan berhubung pengurniaan ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara tidak sah oleh mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata perkara itu dibuktikan menerusi pangkalan data IPT yang dikemukakan kepada KPT setiap suku tahun bagi tujuan pengumpulan data pelajar.

\”KPT sendiri telah membangunkan satu sistem carian maklumat penerima ijazah kehormat dan ijazah kedoktoran dari universiti awam serta swasta di portal rasmi.

\”Sistem ini sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa, di mana data hanya dimasukkan selepas mendapat kelulusan daripada Senat universiti. Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi mana-mana pihak untuk membuat carian,\” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Menurut beliau, KPT turut melaksanakan pemantauan dan kawal selia menerusi pemeriksaan berkala selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Tinggi 1996 (Akta 555).

Selain itu, kerjasama strategik turut dijalinkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan ketelusan serta integriti dalam pengurniaan ijazah di IPT tempatan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...