Home Nasional KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan
Nasional

KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan

KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Sebanyak RM50,000 diperuntukkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi penganjuran aktiviti berkaitan kesusasteraan di peringkat institusi pengajian tinggi.

Menteri Pendidikan TinggiDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu bagi memperbanyakaktiviti sedemikian menerusi kerjasama dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dalam usaha membina keperibadian dan jati diri masyarakat.

\”Satu daripada bentuk pembinaan jati diri ialah dengan kembali menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanselain elemen kebudayaan dan juga kesusasteraan yang berhubung kait dengan latar belakang segala-galanya.

\”Lantaran itu kita akan menganjurkan beberapa program yang berkaitan seperti sayembara puisi,\” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Puisi Kebangsaan anjuran GAPENA di ibu negara.

Majlis itu turut dihadiri Presiden GAPENADatuk Zainal Abidin Borhan.

Pada majlis itu, penyair serta pendeklamasi terkemuka tanah airPuzi Hadi dan Marzuki Ali dinobatkan sebagai Tokoh Puisi Kebangsaan 2024.

Sehubungan itu, penganjuran aktiviti kesusasteraan tidak terhad kepada institusi pengajian tinggi awam sahaja malah terbuka kepada semua cabang pendidikan di bawah naungan KPT.

\”Ia akan melibatkan semua. Kita tidak menghalang hanya satu pihak tapi akan buka kepada institusi pengajian tinggi swasta serta semua cabang yang ada dalam KPT seperti politeknik dan kolej komuniti,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....