Thursday , 16 January 2025
Home Nasional KPT peruntuk RM3 juta bangunkan Makmal Voltan Tinggi UKM
Nasional

KPT peruntuk RM3 juta bangunkan Makmal Voltan Tinggi UKM

KPT peruntuk RM3 juta bangunkan Makmal Voltan Tinggi UKM

Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian / Foto RTM

BANGI, 2 September – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi pembangunan Makmal Voltan Tinggi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata makmal itu merupakan sebahagian daripada projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK 12).

Katanya, KPT komited dalam menyokong usaha pembangunan universiti.

\”KPT sentiasa memberi sokongan penuh kepada usaha universiti untuk menyediakan fasiliti serta peralatan yang moden dan berkualiti tinggi sebagai usaha memperbaiki kualiti pendidikan, melahirkan graduan yang berkemahiran serta membangunkan penyelidikan yang bertaraf dunia,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Makmal Pengajaran Industri Sistem Terbenam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Tambah Megat Sany, kementerian juga sedang membangunkan Blue Print Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai pengganti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), PPPM (PT) 2015 hingga 2025.

Ini termasuk melaksanakan pelbagai libat urus bersama semua pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas dalam merangka strategi baharu bagi pendidikan tinggi negara.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London
Nasional

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London

Foto RTMLONDON, 15 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang
Nasional

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang

Foto RTMJOHOR BAHRU,15 Januari-Angka penduduk terjejas banjir di empat daerah di Johor...

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai
Nasional

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai

Foto RTMABU DHABI, 15 Januari–Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu...

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data
Nasional

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data

Foto FB PMABU DHABI, 15 Januari– Malaysia mengalu-alukan syarikat di Emiriah Arab...