Sunday , 17 November 2024
Home Nasional KPT pandang serius dakwaan penjualan sijil akademik, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat
Nasional

KPT pandang serius dakwaan penjualan sijil akademik, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat

KPT pandang serius dakwaan penjualan sijil akademik, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius dakwaan berhubung penjualan sijil akademik daripada peringkat sekolah hingga pengajian tinggi seperti yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.

KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, ia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/ IPTS) mahupun individu yang didapati terlibat dalam isu berkenaan.

\”Di peringkat kementerian, terdapat pemantauan dan kawal selia yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui pemeriksaan ke atas IPTS selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) berkaitan pengeluaran sijil palsu.

\”Selain itu, KPT mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan untuk memastikan kesahihan sijil akademik bagi tujuan pengesahan oleh orang awam.

\”KPT juga ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa kes penipuan sijil akademik telah berjaya dirungkai sebelum ini melalui aduan awam,\”menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan, ia melibatkan sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menggunakan nama IPT terlibat.

Laporan polis juga akan dibuat untuk memastikan sindiket penipuan ini boleh dikekang.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menyemak kelayakan dan maklumat berkenaan penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di portal GREaT KPT melalui pautan: https://dohe.mohe.gov.my/award/ .

Orang ramai juga dinasihati agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan helah sindiket penipuan dan penjualan sijil akademik ini.

KPT akan terus komited untuk memastikan sistem pendidikan tinggi tidak tercemar dan menyalahi undang-undang.

Related Articles

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20
Nasional

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20

Foto FailLIMA, 17 November– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS
Nasional

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS

Foto RTMTANJUNG DAWAI, 17 November– Tahap kesedaran orang ramai ketika berkunjung ke...

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Nasional

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Foto IPD Seri AlamJOHOR BAHRU, 17 November-Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas...

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Nasional

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi

Foto Facebook Tengku ZafrulLIMA, 17 November– Kerjasama erat antara ASEAN dan Kerjasama...