Home Nasional KPT kendalikan TVET peringkat tinggi, fokus bidang teknikal
Nasional

KPT kendalikan TVET peringkat tinggi, fokus bidang teknikal

KPT kendalikan TVET peringkat tinggi, fokus bidang teknikal

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Oktober – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu bertujuan membantu kerajaan dalam menilai pelbagai jenis pengkhususan mengikut bidang tertentu.

Katanya, Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memutuskan agar TVET asas dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

\”Dengan cara ini, kita dapat memberikan pengkhususan fokus kepada bidang-bidang yang ingin dikenal pasti, seterusnya memenuhi keperluan pasaran dalam bidang teknikal, khususnya yang melibatkan E&E (elektrik & elektronik) dan automasi.

\”Sebagai contoh, industri kenderaan elektrik (EV) adalah antara perkara penting yang sedang diberi perhatian,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum 50 Tahun Hubungan Malaysia-China anjuran Universiti Utara Malaysia di ibu negara.

Tambah Dr. Zambry, usaha tersebut turut disokong dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke China bagi memperkukuhkan industri TVET melalui program pertukaran pelajar dan pemindahan kepakaran teknikal.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....