Friday , 20 September 2024
Home Nasional KPT beri galakan kepada universiti wujud Fakulti AI
Nasional

KPT beri galakan kepada universiti wujud Fakulti AI

KPT beri galakan kepada universiti wujud Fakulti AI

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan Global Trends in Engineering, Science and Technology Congress 2024 (GTEST2024) di Kepala Batas/ Foto BERNAMA

KEPALA BATAS, 2 September- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memberi galakan kepada mana-mana universiti di negara ini untuk mewujudkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI).

Perkara itu selaras dengan kecanggihan teknologi dan peredaran masa selain ianya perlu disokong kepakaran dalam bidang terbabit.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mempunyai fakulti AI pertama.

Dalam pada itu pihaknya juga akan terus menyokong Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menubuhkan fakulti AI dan Sains Perkomputeran seiring perubahan semasa.

\”Universiti-universiti yang mempunyai kepakaran mereka untuk meneruskan program ini, tentunya dengan perubahan masa mereka juga perlu membuat perubahan-perubahan dalam fakulti.

\”Maka hari ini seperti yang disyorkan oleh UniMAP iaitu mereka ingin mewujudkan Fakulti Sains Komputer dan juga AI maka kita tidak ada halangan untuk mereka meneruskan dan mewujudkan fakulti ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Global Trends in Engineering, Science and Technology Congress 2024 (GTEST2024) di Bertam Resort di sini.

Related Articles

Industri halal menyumbang ekonomi negara
Nasional

Industri halal menyumbang ekonomi negara

Mohd Na’im Mokhtar/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 19 September-Perjalanan selama 50 tahun dalam...

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai
Nasional

Amaran angin kencang bahaya kepada aktiviti perkapalan, pantai

Gambar hiasanKOTA KINABALU, 16 September – Angin kencang yang sedang melanda Sabah...

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef
Nasional

Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat taufan Yagi di Asia Tenggara – Unicef

Pengarah Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik, June Kunugi berkata kanak-kanak...

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFPPUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan...