Home Nasional KPM terus perkukuh program PPB, tingkat penggunaan AI
Nasional

KPM terus perkukuh program PPB, tingkat penggunaan AI

KPM terus perkukuh program PPB, tingkat penggunaan AI

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) terus diperkukuh bagi meningkatkan kompetensi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh warga pendidik di negara ini.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, ini dibuktikan melalui kerjasama KPM dan Pixlr Group dalam mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan terutama di Sarawak.

\”Sebanyak 27 pusat kegiatan guru dan sektor sumber teknologi pendidikan di Sarawak telah dilengkapi dengan Studio Digital dan Digital Maker Hub bagi memastikan latihan kepada guru berkaitan digital dapat dilaksanakan dengan baik.

\”KPM turut melantik 19 guru dari Sarawak sebagai Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD). GPGD ini telah diberi latihan oleh rakan strategik bagi kesediaan mereka menyebar luas pengetahuan dan pengalaman kepada guru-guru di sekitar mereka.

\”Seramai 8,011 guru telah diberi bimbingan oleh GPGD di negeri Sarawak,\” katanya menjawab pertanyaan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Kah Woh, KPM turut menambah baik kemudahan akses internet dengan menaik taraf kelajuan serta penambahbaikan kuota data internet bagi merealisasikan platform pendidikan digital di sekolah.

Melalui statistik Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM), sebanyak 774 aktiviti berdasarkan pelan PPB berkaitan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dilaksanakan melibatkan jumlah peserta seramai 81,791 guru di Sarawak sehingga 15 Jun lepas.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, KPM komitedmemastikan jurang akses internet bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sebaik mungkin.

Justeru, penyediaan peranti disalurkan kepada sekolah dan murid yang terpilih bagi membolehkan akses pembelanjaran berkualiti

\”Bagi tahun 2023 sebanyak 68,056 unit komputer riba telahpun diedarkan kepada sekolah-sekolah dengan 3,455 buah sekolah di bandar dan luar bandar dengan kos projek RM424,009,548.12.

\”(Sementara itu) tahun 2024 pula membabitkan 3,885 buah sekolah bandar dan luar bandar telah mendapat manfaat melibatkan 69,604 unit dan kos projek RM451,419,488.40,\” katanya.

Tambah Kah Woh, KPM melalui Yayasan Hasanah telah mengedarkan peranti digital, lengkap dengan pelan data kepada 150 ribu orang murid B40 sejak tahun 2021.

Kementerian Komunikasi juga mengambil langkah memperluaskan pelaksanaan Point of Presence (PoP) bagi memastikan internet berkelajuan tinggi dapat dilanggan, sekali gus memperluaskan rangkaian internet ke sekolah-sekolah luar bandar.

Related Articles

Banjir: 338 penduduk terjejas di Kedah, satu lagi PPS dibuka
Nasional

Banjir: 338 penduduk terjejas di Kedah, satu lagi PPS dibuka

Foto: FB APM Negeri KedahKUBANG PASU, 7 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir...

Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu
Nasional

Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu

FOTO Balai Bomba dan Penyelamat Lahad DatuLAHAD DATU, 7 Oktober- Tiga termasuk...

Angka penduduk terjejas banjir meningkat, semua berada di PPS
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir meningkat, semua berada di PPS

Keadaan PPS di KedahKUALA LUMPUR, 6 Oktober- Hujan lebat petang tadi menyebabkan...

Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik
Nasional

Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik

Sayap Pergerakan Belia oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak SIBU, 6...