Home Nasional KPM perkemas proses PdP melalui inisiatif digital
Nasional

KPM perkemas proses PdP melalui inisiatif digital

KPM perkemas proses PdP melalui inisiatif digital

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Mac– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkemas proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui inisiatif digital selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menegaskan keseimbangan antara kaedah tradisional dan digital sebagai kunci murid dapat berdaya saing.

\”Dalam usaha memperkukuh integrasi teknologi dalam PdP, KPM telah memperkenalkan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang menyediakan akses percuma kepada pelbagai sumber pembelajaran digital seperti e-buku, video pembelajaran, podcast radio pendidikan serta gamifikasi yang menyokong PdP lebih interaktif.

\”Guru-guru boleh memanfaatkan aplikasi pembelajaran seperti Kahoot!, Quizziz dan Padlet untuk menjadikan sesi PdP lebih menarik dan menyeronokkan\”, katanya.

Tambahnya, platform pembelajaran seperti Google Classroom, Microsoft Teams, dan Apple Education juga boleh diakses melalui DELIMa bagi membantu guru menjalankan PdP dalam talian, hibrid dan secara kolaboratif.

Inisiatif itu tidak hanya memudahkan guru dalam menjalankan PdP secara dalam talian, hibrid dan kolaboratif, malah telah melibatkan seramai 1.052 juta murid sehingga tahun 2024.

Beliau menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali dalam Dewan Negara.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...