Home Nasional KPM komited perkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru, murid
Nasional

KPM komited perkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru, murid

KPM komited perkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru, murid

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan gurudan murid.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu selaras dengan agenda Reformasi Pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai salah satu hala tuju utama pendidikan negara.

\”Bagi memacu pengukuhan Bahasa Inggeris, KPM sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan segera termasuk penstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif yang sedang berjalan.

\”Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) memberi penekanan khusus kepada keperluanuntuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa,\” menurut kenyataan itu.

Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka akan memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-gurukhususnya aspek latihan dan pengajaran di dalam kelas.

Sementara itu KPM akan memperkasa empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

\”Fokus KPM bagi memperkasa Bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 iaitu Highly Immersive Programme (HIP), Program Dwibahasa (DLP), Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Talian dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).

\”Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang optimum di dalam pelantar DELIMA juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid,\” tambah kenyataan itu.

Pada masa sama KPM akan terusberusaha untuk mereformasikan pendidikan negara demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...