Home Nasional KPM komited pastikan akses pendidikan terbaik di Kedah
Nasional

KPM komited pastikan akses pendidikan terbaik di Kedah

KPM komited pastikan akses pendidikan terbaik di Kedah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menghadiri Program Pemukiman Pendidikan JPN Kedah Dan Peluncuran Semarak Merdeka di Alor Setar/ Foto Facebook fadhlina.datosidek

ALOR SETAR, 23 Ogos-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited untuk memastikan akses pendidikan terbaik di negeri Kedah.

Perkara tersebut dizahirkan menerusi pelaksanaan 68 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif.

KPM dalam satu kenyataan berkata sejumlah 49 projek telah siap sepenuhnya dan 11 dalam pembinaan.

Manakala 8 lagi berada di peringkat prabina dengan peruntukan keseluruhan RM342,816,591.

Pada tahun 2024, kementerian itu turut memperuntukkan RM47,433,266 untuk tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan di Kedah.

Ia melibatkan sejumlah 829 buah projek di 573 institusi KPM.

“Pendidikan manusiawi memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid tanpa mengira latar belakang atau keberadaan mereka..” Kata KPM dalam kenyataan yang disiarkan di laman Sosial Facebooknya.

Kenyataan itu turut dikongsikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang terdahulu menghadiri Program Pemukiman Pendidikan JPN Kedah Dan Peluncuran Semarak Merdeka di Alor Setar.

Sementara itu, Fadhlina dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, komitmen melaksanakan pemukiman di setiap negeri adalah untuk memastikan agenda Reformasi pendidikan negara diberikan perhatian penuh.

“Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di atas segala usaha yang dijalankan untuk terus melonjakkan potensi pendidikan anak-anak.

\”Antara perkara yang sentiasa menjadi awlawiyat(keutamaan) kami di peringkat pemukiman adalah untuk benar-benar mengambil pendekatan secara \”hands on\” isu-isu di negeri. Apa sahaja kegusaran pemegang taruh akan dibincangkan secara tuntas dalam sesi ini” katanya.

Menurutnya, beberapa isu seperti keciciran, kemiskinan multidimensi,intervensi kurikulum (yang sedang berjalan di semua peringkat) serta isu-isu pembangunan serta infrastruktur mesti diberikan perhatian.

“Saya umumkan juga pemisahan pentadbiran PPD Kuala Muda/Yan sebagai langkah untuk kita memperkukuhkan tahap efisyen pentadbiran PPD Di negeri Kedah. Begitu juga peranan JPN Kedah dan sekolah jaringan ASPnet yang cukup penting dalam kempen UNESCO kami kerana kekuatan Langkawi yang memiliki tapak geopark UNESCO untuk manfaat dunia pendidikan” katanya.

Related Articles

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam SarawakKUCHING, 2...

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMAISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan...

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im...

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Nasional

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan

Foto facebook Wisma PutraPUTRAJAYA, 1 Oktober– Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan...