Sunday , 23 February 2025
Home Nasional KPM ambil perhatian isu kemudahan asrama sekolah
Nasional

KPM ambil perhatian isu kemudahan asrama sekolah

KPM ambil perhatian isu kemudahan asrama sekolah

Fadhlina Sidek / Foto BERNAMA

NILAI, 19 Februari- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi perhatian serius terhadap dakwaan mengenai kemudahan asrama di sekolah, yang tidak diselenggara dengan baik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata isu tersebut akan dipantau untuk tindakan selanjutnya.

\”Kita ambil maklum perkara-perkara tersebut dan kita akan lihat.

\”Saya rasa setiap sekolah akan ada penyelenggaraan, jadi kita akan memastikan beberapa pembaikan tandas dan semua aspek sekolah ini dibaiki menerusi peruntukan penyelenggaraan ini, insya-Allah,\” katanya

Beliau berkata pada sidang media selepas menyempurnakan Karnival Generasi MADANI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2025 di Nilai, Negeri Sembilan.

Terdahulu, terdapat dakwaan di media sosial mengenai kemudahan di asrama terutama tandas yang tidak diselenggara, sehingga mencetus ketidakpuasan hati dalam kalangan ibu bapa.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata pihaknya telah menangani sebahagian sekolah yang mempunyai isu kepadatan tinggi terutama di Selangor dengan mengesyorkanpembinaan kelas kabin dengan model Sistem Bina Berindustri (IBS).

\”Sebenarnya, kita sudah ada model-model khusus, bermakna daripada segi binaan dan juga bilik kelas untuk menangani isu-isu sekolah padat ini.

\”Jadi, antara yang telah kita laksanakan, khususnya di negeri Selangor yang mempunyai kepadatan kelas dan sekolah yang paling tinggi, kita telah mengesyorkan model IBS yang sebenarnya memberikan kesan yang sangat kondusif untuk suasana pembelajaran,\” katanya lagi.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...