Home Nasional KPKT sasar pengurangan sisa buangan kepada 40 peratus
Nasional

KPKT sasar pengurangan sisa buangan kepada 40 peratus

KPKT sasar pengurangan sisa buangan kepada 40 peratus

Datuk Aiman Athirah Sabu

PUCHONG, 28 Julai- Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pengurangan sisa buangan kepada 40 peratus menjelang 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pengurusan sisa pepejal seharusnya dipikul bersama-sama supaya kelestarian alam sekitar terpelihara untuk generasi akan datang.

Fokusnya adalah mengurangkan penjanaan sisa pepejal secara signifikan melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula.

\”Hayat tapak pelupusan ini paling lama ialah 25 tahun, untuk menyelenggara sangat tinggi.

\”…sekiranya kita boleh sama-sama mengambil tanggungjawab,\” katanya dalam sidang media selepas progam Karnival Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB): Karnival Komuniti Madani di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, di sini.

Antara inisiatif KPKT ialah memperkasa budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dengan memperkenalkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC).

Penyediaan DTRC dilihat dapat memudahkan masyarakat menghantar barangan yang telah diasingkan untuk dikitar semula.

Inisiatif lain ialah Program Trash to Cash yang dapat memberi pulangan pendapatan tambahan kepada individu yang melaksanakannya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....