Saturday , 22 February 2025
Home Nasional KPKT salur RM14 juta, bina semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh
Nasional

KPKT salur RM14 juta, bina semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh

KPKT salur RM14 juta, bina semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming merasmikan Pasar Sementara Pasir Pinji di Ipoh

IPOH, 28 Julai– Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM14 juta untuk projek pembinaan semula Pasar Pasir Pinji di Ipoh yang telah berusia lebih 50 tahun.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata projek itu akan bermula pada September tahun ini dan dijangka siap menjelang 2027.

Beliau berkata, reka bentuk bangunan itu telah siap dan hanya menunggu proses pemilihan kontraktor melalui tender terbuka.

“Pasar Pasir Pinji adalah teladan yang amat baik, ia merupakan kejayaan yang menunjukkan dasar ini bukan hanya mampu menjana pendapatan masyarakat setempat, malah berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancongan.

“Hari ini saya mengumumkan peruntukan RM14 juta untuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaksanakan pembinaan pasar lima bintang ini yang saya yakin akan menjadi kebanggaan seluruh warga Ipoh”, katanya pada sidang media ketika merasmikan Pasar Sementara Pasir Pinji yang menelan kos sebanyak RM1.48 juta.

Pasar Pasir Pinji akan dibangunkan dengan beberapa ciri baharu sebagai sebuah \’pasar hijau\’ dan memberi manfaat kepada 214 peniaga.

Dalam pada itu, KPKT juga berhasrat untuk membangunkan semula dua pasar lama di bawah pentadbiran MBI iaitu di Buntong dan Menglembu.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...