Saturday , 25 January 2025
Home Nasional KPKT mengalu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
Nasional

KPKT mengalu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi

KPKT mengalu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi

Menteri KPKT, Nga Kor Ming

PUTRAJAYA, 12 Julai- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan prinsip integriti dipatuhi.

Menterinya Nga Kor Ming dalam kenyataan hari ini berkata ia antara perkara yang dinyatakan kepada Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi ketika sesi kunjungan beliau ke pejabat Nga di Putrajaya semalam.

Dalam sesi perbincangan itu, Nga menegaskan komitmen KPKT terhadap tatakelola yang baik, pengurusan perbelanjaan berhemah serta pelaksanaan dasar berkesan.

Untuk rekod, KPKT telah diiktiraf sebagai kementerian bertaraf platinum oleh My Government Performance Index (MyGPI) yang mengutamakan tatakelola cemerlang.

Menurut Nga, impak pembaharuan yang diterajui oleh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibuktikan semasa sesi Dewan Rakyat kali ini.

“Buat kali pertama, Parlimen ada sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQT), laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah berjaya dibentang dan dibahas oleh 71 Ahli Parlimen serta digulung oleh 17 orang menteri selama tiga hari dalam Dewan Rakyat.

“Tambahan pula, laporan Ketua Audit Negara buat kali pertama dalam sejarah juga dibahas oleh 53 orang Ahli Parlimen serta digulung oleh 17 menteri selama dua hari dalam Dewan Rakyat,” katanya menambah kedua-dua amalan reformasi itu mencerminkan komitmen kerajaan yang telus dan menjunjung prinsip akauntabiliti.- BERNAMA

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...