Home Nasional KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara
Nasional

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ BERNAMA

SUBANG JAYA, 6 Disember– Sebanyak 7,243 MyKiosk di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata inisiatif ini dapat membantu taraf ekonomi dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

\”Rekod tertinggi pemegang MyKiosk apabila ada peniaga yang satu bulan pendapatannya RM30,000 dan banyak cerita yang memberangsangkan.

\”Kisah yang benar itu terbukti, inisiatif ini dalam tempoh dua tahun sahaja kita telah berjaya mengubah nasib 7,343 buah keluarga dan memberi manfaat kepada lebih 35,000 anak Malaysia\”, katanya kepada media selepas merasmikan MyKiosk 2.0 di Bulatan @ Kawasan Perniagaan PutraHeights, malam tadi.

Katanya, tahun ini pembinaan 4,054 unit kiosk bagi 93 PBT dengan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta telah disediakan dan tahun lepas sebanyak 3,189 unit kiosk dibina dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Bagi setiap unit MyKiosk 2.0 juga akan dilengkapi kuasa solar 1,000 watt dan peralatan elektrik seperti kipas dan lampu diod pemancar cahaya (LED) untuk kemudahan dan keselesaan peniaga.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...