Home Nasional KPKM tegaskan setiap isu padi, beras perlu dirujuk pihak berautoriti
Nasional

KPKM tegaskan setiap isu padi, beras perlu dirujuk pihak berautoriti

KPKM tegaskan setiap isu padi, beras perlu dirujuk pihak berautoriti

FOTO FAIL

PUTRAJAYA, 23 Januari – Setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh, untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.

\”Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan beras putih tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan, setelah perincian mengenainya dipersetujui oleh kerajaan,\” menurut kenyataan itu.

KPKM mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang menggesa kerajaan meletakkan portfolio padi dan beras di bawah badan itu, berikutan kekurangan BPT dalam pasaran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....