Home Nasional KPDN sedia hadapi Monsun Timur Laut, pastikan bekalan asas mencukupi
Nasional

KPDN sedia hadapi Monsun Timur Laut, pastikan bekalan asas mencukupi

KPDN sedia hadapi Monsun Timur Laut, pastikan bekalan asas mencukupi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali / Foto RTM

RAUB, 14 November – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di peringkat negeri dan cawangan telah diarahkan untuk bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan memastikan keperluan asas makanan mencukupi.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata jawatankuasa peringkat kementerian, negeri, dan cawangan telah diarahkan untuk mengambil langkah serius susulan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai jangkaan taburan hujan bermula November sehingga Mac 2025.

Menurutnya, kementerian telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan di negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan bencana banjir.

\”Tanggungjawab KPDN adalah memastikan bekalan barangan, sama ada barang kawalan mahupun keperluan harian asas, tetap berada di pasaran meskipun dalam keadaan bencana.

\”Atas sebab itu, KPDN memandang serius banjir yang saban tahun berlaku. Bermula 26 September, surat arahan persediaan menghadapi MTL 2024-2025 telah dikeluarkan kepada seluruh cawangan,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Rahmah Madani Daerah Raub yang berlangsung di Tapak Pekan Sehari Dong, di sini.

Tambah Armizan, kementerian juga membenarkan penambahan had simpanan barang kawalan dan keperluan asas sehingga 30 peratus kepada pemborong dan peruncit terpilih di kawasan berisiko banjir.

Ketika ini, terdapat 1,369 premis yang dilantik bagi Peruncit Terpilih Daerah (DDR) dan 635 premis Pemborong Terpilih Daerah (DDW) di seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....