Home Nasional KPDN Melaka: Tiada aduan harga makanan di Bazar Ramadan setakat ini
Nasional

KPDN Melaka: Tiada aduan harga makanan di Bazar Ramadan setakat ini

KPDN Melaka: Tiada aduan harga makanan di Bazar Ramadan setakat ini

Foto Hiasan

MELAKA, 15 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka sehingga kini, tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna mengenai harga makanan yang dijual di Bazar Ramadan.

Menurut Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup Negeri, Allex Seah Shoo Chin, berbanding pada tahun lalu pihaknya menerima enam aduan.

\”Tahun lepas memang kita pernah dengar ada yang dikatakan ada yang jual terlalu mahal. Memang kalau terlalu mahal kita dapat aduan, memang kita akan buat siasatan .

\” Tetapi setakat ini daripada peniaga-peniaga atau penjaja di Melaka, kita harap semua boleh mengambil inisiatif supaya pada masa sama mereka dapat keuntungan,\” kata Allex.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Negeri Melaka di Duyong.

Dalam pada itu, seramai 225 peniaga di Melaka secara sukarela telah mendaftar dan menawarkan Menu Rahmah sempena pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) pada tahun ini.

BBR yang terlibat ialah di tiga lokasi iaitu BRR Taman Seri Duyong, BBR Jasin Bestari dan BBR Pekan Alor Gajah.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...