Home Nasional KPDN Kedah guna taktik penyamaran pantau peniaga
Nasional

KPDN Kedah guna taktik penyamaran pantau peniaga

KPDN Kedah guna taktik penyamaran pantau peniaga

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam  Jamaludin /Foto RTM

ALOR SETAR, 23 Disember-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah akan menempatkan pegawai untuk melakukan penyamaran di premis perniagaan sepanjang Skim Harga Maksimun Musim perayaan (SHMMP) 2024 sempena Krismas.

Pengarah KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata langkah berkenaan bertujuan membendung salah laku peniaga daripada menaikkan harga sesuka hati serta menyorok barang kawalan ketika musim perayaan.

Menurutnya,lebih 180 pegawai penguat kuasa akan ditugaskan di lokasi seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah untuk melakukan pemeriksaan.

\”Melalui Ops Kita Gempur kita akan sentiasa melakukan pemeriksaan rutin dan pemeriksaan dan mengejut dengan anggota-anggota yang ada di setiap cawangan. Kita akan pastikan bekalan sentiasa mencukupi di Kedah\”, katanya demikian kepada media selepas merasmikan Program Jualan RAHMAH MADANI, bersempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas Negeri Kedah 2024 di sebuah pasaraya di sini.

KPDN Kedah mengadakan Jualan Rahmah Madani membabitkan 35 item barangan keperluan asas di Pasaraya itu selama dua hari bermula hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....