Home Nasional Koperasi disaran guna pakai teknologi, manfaat peluang digitalisasi
Nasional

Koperasi disaran guna pakai teknologi, manfaat peluang digitalisasi

Koperasi disaran guna pakai teknologi, manfaat peluang digitalisasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 15 Ogos– Koperasi di negara disaran menguasai penggunaan platform digital bagi menawarkan produk dan perkhidmatan dalam usaha meluaskan lagi empayar perniagaan, selain dapat bersaing dengan entiti perniagaan yang lain.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata dalam mendepani era digital, sudah tiba masanya koperasi beralih daripada menjalankan perniagaan secara konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi.

Bagi menggalakkan pengadaptasian teknologi dalam kalangan para koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama MYNIC, sebuah agensi di bawah Kementerian Digital telah memperkenalkan nama domain, coop.my sebagai identiti digital koperasi.

Setakat hari ini, sebanyak 133 koperasi telah menggunakan domain tersebut.

\”Saya harus menggalakkan koperasi-koperasi untuk langgan domain, coop.my. Ini penting daripada segi kesatuan tetapi disediakan oleh agensi kerajaan bawah Kementerian Digital.\”

\”Langkah ini sangat penting sekali, pakej itu mesra koperasi,\” kata Ewon kepada pemberita selepas merasmikan Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) dan Program Transformasi dan Digital (DigiKoP) di Langkawi, hari ini.

MASKOP dilaksana adalah bertujuan untuk memupuk semangat berkoperasi dalam kalangan masyarakat.

Kini, terdapat 1,003 koperasi berdaftar di negeri Kedah dan sebanyak 74 koperasi dengan 16,000 ahli berada di Langkawi.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...