Home Nasional Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang menuju Terengganu
Nasional

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang menuju Terengganu

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang menuju Terengganu

Kampung Sungai Ular menjadi lokasi terakhir di Pahang dijelajahi Kembara Merdeka Jalur Gemilang

KUANTAN , 29 Julai – Kampung Sungai Ular menjadi lokasi terakhir di Pahang dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024, sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Pahang, Kazidi Mohd Zainuddin berkata, sambutan menggalakkan diterima di lima daerah terlibat, bermula di Rompin, Bera, Bentong, Maran dan terakhir di Kuantan.

\”Sambutan dan penyertaan oleh komuniti terdekat atau sekitarnya itu sangat menakjubkan. Orang Pahang memang seronok, menyokong dan mendokong kembara merdeka jalur gemilang.

\”Dan penyertaan kita mendapati rata-rata peserta 200 hingga 300 orang yang berada di situ mereka faham dengan mesej dan juga apa yang kita sampaikan,\” katanya ketika ditemui RTM di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ular, di sini hari ini.

Katanya, selain melakukan aktiviti bersama masyarakat, pihaknya turut menerangkan kepada komuniti mengenai inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ dan langkah penggantian bendera yang telah lusuh.

Tambahnya, masyarakat turut digalak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, tempat kerja dan kawasan komuniti.

Kembara disertai 10 kenderaan terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti madani itu meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Agama Al Amin Kemaman, Terengganu bagi sesi penyerahan Jalur Gemilang.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...