Home Nasional Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 tiba di Kedah
Nasional

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 tiba di Kedah

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 tiba di Kedah

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Nasrudin Mahmud/Foto RTM

BALING, 3 Ogos-Rakyat Kedah perlu mengambil peluang dengan hadir beramai-ramai memeriahkan lokasi-lokasi yang akan dikunjungi konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di negeri itu.

Konvoi yang disertai pelbagai agensi dan jabatan kerajaan berada di Kedah selama empat hari bermula semalam (Jumaat).

Ia bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan meningkatkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Nasrudin Mahmud berkata sepanjang berada di Kedah, peserta konvoi akan singgah di beberapa lokasi.

\”Kita hendak ajak orang ramai pasang bendera di rumah. Kita cadangkan satu rumah satu bendera dan begitu juga kita harap program sebegini dapat meningkatkan nilai-nilai nasionalisme dalam diri rakyat di Kedah dan di Malaysia\”, katanya kepada RTM selepas menghadiri Program Kemerdekaan di Pejabat Daerah Baling di sini.

Terdahulu, beliau menerima bendera Jalur Gemilang daripada wakil Jabatan Penerangan Negeri Kelantan di kawasan Rehat dan Rawat, R&R Banjaran Titiwangsa.

Konvoi yang turut disertai empat kakitangan Jabatan Penyiaran Negeri Kedah itu bermula dengan program kemerdekaan yang diadakan di pejabat Jabatan Penerangan Daerah Baling, petang semalam.

Konvoi KMJG 2024 akan berada di Pusat Kokurikulum, Pekan Pendang pada sebelah pagi hari ini disusuli program di Institut Latihan Perindustrian, ILP Jitra di Kubang Pasu pada sebelah petang.

Manakala esok, KMJG 2024 dijangka berada di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, STAR, Alor Setar pada sebelah petang.

Program di Sekolah Menengah Kebangsaan , SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani pada Isnin menjadi destinasi terakhir KMJG 2024 di Kedah sebelum bergerak ke Pulau Pinang.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...