Home Nasional Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik
Nasional

Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik

Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik

Datuk Seri Fadillah Yusof/ Foto BERNAMA

KUCHING, 21 Julai- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menasihatkan kontraktor yang menerima projek kerajaan untuk melaksanakan tangungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air berkata, kontraktor juga perlu menandatangan ikrar bagi memastikan projek berkenaan siap dalam tempoh yang telah dijadualkan serta mengikut spesifikasi, standard dan bajet ditetapkan.

\”Kalau saya selalu turun padang bermakna projek itu bermasalah, jadi jaga-jagalah kontraktor itu, kalau bagus kita sokong sepenuhnya,\” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembaga Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak (Pakej Tiga), Rancangan Tembatan Banjir di Sungai Gersik dan Sungai Sinjan serta mendalamkan dan melebarkan Sungai Minjap di Matang di sini.

Fadillah berkata untuk pelaksanaan ketiga-tiga pakej itu, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) telah meluluskan RM191 juta dan keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei 2026.

\”Kerajaan Persekutuan yakin apabila keseluruhan projek PLSB Sungai Sarawak yang melibatkan tiga pakej ini siap, ia akan dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan sekitar bandar raya Kuching. Projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk sekitar dan dianggarkan seluas 117 hektar akan dapat dilindungi daripada risiko banjir,\” katanya.

Related Articles

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian
Nasional

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan -Foto BERNAMAVIENTIANE, 11 Oktober– Pendekatan diplomatik...

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA
Nasional

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/FailKLANG, 11...

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela
Nasional

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Foto Fail/BERNAMASEREMBAN, 11 Oktober– Nasib kanak-kanak bawah Global Ikhwan Services and Business...

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja
Nasional

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada...