Home Nasional Kontrak pengusaha kantin SBP Kuala Nerus tidak akan dilanjutkan
Nasional

Kontrak pengusaha kantin SBP Kuala Nerus tidak akan dilanjutkan

Kontrak pengusaha kantin SBP Kuala Nerus tidak akan dilanjutkan

FOTO FAIL

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos – Kontrak pengusaha kantin di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kuala Nerus tidak akan dilanjutkan berikutan berlakunya kes keracunan makanan membabitkan 32 pelajar, pada 15 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPNT) Jelani Sulong bagaimanapun berkata, pengusaha kantin itu hanya dibenarkan beroperasi hingga kontraknya berakhir November depan.

\”Kita di peringkat jabatan sudah ambil tindakan dan sebenarnya penamatan akan berlaku pada bulan November ini.

\”Jadi pihak kantin mohon supaya disambung setahun lagi tetapi apabila dilihat perkhidmatannya dalam keadaan tidak mengizinkan bermakna akan tamat pada akhir tahun inilah,\” kata Jelani, di sini.

Katanya, JPNT akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua sekolah termasuk SBP di seluruh negeri agar memantau penyediaan makanan bagi mengelak kes keracunan makanan membabitkan pelajar tidak berulang.

Pengusaha kantin diminta meneliti bahan mentah sebelum menyediakan makanan.

Tegasnya, JPNT tidak akan berkompromi dan tindakan tegas termasuk membatalkan kontrak serta merta akan dilakukan ke atas pengusaha kantin yang menyebabkan berlakunya kes tersebut.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...