Home Nasional Konsulat Jeneral Malaysia Medan terima kunjungan delegasi Pengakap
Nasional

Konsulat Jeneral Malaysia Medan terima kunjungan delegasi Pengakap

Konsulat Jeneral Malaysia Medan terima kunjungan delegasi Pengakap

Foto RTM

MEDAN, 8 Ogos-Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia menerima kunjungan delegasi pengakap dari tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Delegasi terdiri daripada 44 Pengakap Malaysia, tujuh Pengakap Thailand dan tiga Pengakap Indonesia berada di sini sempena Perhimpunan Internasional 3 Negara.

Delegasi Pengakap Malaysia diketuai oleh Ketua Pengakap Negara Malaysia, Profesor Datuk Doktor Mohd Zin Bidin.

Ia turut disertai pengakap-pengakap kanan seperti Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah, Datuk Dr. Zulkifly Muhamad.

Datuk Dr Zulkifly berkata, lawatan ke Konsulat Jeneral merupakan sebahagian daripada program lawatan tiga hari mereka ke Medan untuk mengadakan kerangka kerjasama trilateral dan bertukar-tukar pandangan dalam pelaksanaan aktiviti pengakap.

Delegasi Pengakap Tiga Negara ini telah diberikan taklimat oleh Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek mengenai fungsi dan peranan pejabat diplomatik Malaysia di luar negara, dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Antara lain, kesempatan ini telah digunakan oleh ahli-ahli delegasi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan konsular oleh pejabat diplomatik Malaysia di luar negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....