Home Nasional Konflik peperangan, pengamal media perlu berhati-hati elak sebar propaganda
Nasional

Konflik peperangan, pengamal media perlu berhati-hati elak sebar propaganda

Konflik peperangan, pengamal media perlu berhati-hati elak sebar propaganda

Persidangan MIL 2024 UNESCO/ Foto RTM

AMMAN, 1 November- Pengamal media mesti sentiasa berhati-hati dalam mengesahkan dan menyampaikan sesuatu berita, khususnya isu sensitif seperti peperangan yang kebiasaannya banyak diselubungi propaganda dan penyebaran maklumat palsu.

Menurut Ketua Pengarah NGO PYALARA, Palestin, Hania Bitar, sekatan internet dan maklumat serta serangan bersasar terhadap pengamal media di Gaza sehingga menyebabkan penderitaan orang awam di negara itu akibat peperangan, tidak disampaikan kepada pengetahuan umum.

Beliau yang juga panel salah satu sesi pada Persidangan Literasi Media dan Maklumat Global (MIL) 2024 UNESCO turut menggesa rakyat Malaysia agar terus bersolidariti terhadap nasib warga Palestin.

\”Saya berharap rakyat Malaysia, untuk sentiasa menegakkan keadilan, untuk membela orang yang dibunuh, membuktikan pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan terhadap mereka (rakyat Gaza), dan terus bersuara serta menunjukkan penolakan terhadap apa (genosid) yang anda benar-benar rasakan sebagai manusia.

\”Jadi sebelum anda tidur, anda perlu merasakan sekurang-kurangnya anda melakukan sesuatu untuk membantu orang lain, termasuk di Palestin dan Gaza,\” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah Komunikasi dan Maklumat UNESCO, Tawfik Jelassi berkata, persidangan itu mencerminkan komitmen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pengamal media, dan pencipta kandungan digital untuk keselamatan maklumat yang lebih selamat.

Inisiatif media dan literasi tersebut bertujuan memastikan tiada pihak yang ketinggalan dalam era digital.

Persidangan Literasi Media dan Maklumat Global (MIL) 2024 UNESCO itu berlangsung di Amman, Jordan pada 30 -31 Oktober 2024.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....