Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kompetensi DUN antara langkah proaktif martabat undang-undang Islam
Nasional

Kompetensi DUN antara langkah proaktif martabat undang-undang Islam

Kompetensi DUN antara langkah proaktif martabat undang-undang Islam

Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Langkah-langkah proaktif sentiasa diambil sebagai usaha memartabatkan undang-undang Islam menurut kerangka yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Antara yang diberi tumpuan termasuk isu kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah, menerusi penubuhan Jawatankuasa Khas yang mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas secara berkala.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar berkata, sehingga kini mesyuarat itu telah diadakan sebanyak 25 kali bagi mengkaji secaramendalam dan kritikal mengenai perkara berkenaan.

Laporan hasil kajian dan pandangan terhadap semua isu berbangkit akan disediakn dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan \’pre-council\’ Majlis Raja-Raja (MRR) untuk perkenan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

\”Bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan dibuat dari semasa ke semasa. Setakat ini antara sesi libat urus yang dibuat melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Negeri Sarawak dan pakar perundangan dan perlembagaan.

\”Sesi libat urus bersama-sama individu, institusi atau agensi lain juga akan dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan dari semasa ke semasa,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab menjawab soalan yang dikemukakan SenatorDatuk Seri Dr Mujahid Yusof berkenaan maklum balas hasil Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah kompetensi DUN menggubal undang-undang supaya tidak bercanggah dengan kuasa persekutuan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...