Home Nasional Komitmen Hyundai, OCI Holdings penanda aras baik
Nasional

Komitmen Hyundai, OCI Holdings penanda aras baik

Komitmen Hyundai, OCI Holdings penanda aras baik

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 November- Komitmen jangka panjang Hyundai Motor Company (HMC) dan OCI Holdings pada pertemuan bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seoul merupakan penanda aras yang baik untuk kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata komitmen Hyundai untuk melaksanakan pemasangan kenderaan cekap tenaga, termasuk kereta elektrik (EV) akan memperkukuh ekosistem automotif negara selain menyumbang nilai dan pelaburan tinggi.

\”Saya mendukung penuh pelaburan HMC, lantas memastikan iklim pelaburan yang menarik untuk pemasangan automotif, terutamanya model-model EV yang pastinya akan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran automotif bagi pasaran ASEAN,\” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu perbincangan bersama-sama Pengerusi OCI Holdings WooHyun Lee memberangsangkan.

\”Keinginan syarikat tersebut untuk mengembangkan pelaburannya dalam polisilikon untuk industri semikonduktor dan solar bergerak seiringan dengan matlamat negara dalam menjamin aspek kemampanan rantaian bekalan dan masa depan yang kuat dan berdaya tahan bagi sektor semikonduktor,\” katanya lagi.

Pengembangan pelaburan OCI menjadi terpenting dalam menjamin pertumbuhan industri kimia di Malaysia.

Pada masa sama penambahbaikan rantaian bekalan tempatan akan dilakukan untuk memastikan ketersediaan bahan berkualiti tinggi untuk panel solar, semikonduktor dan perkakas industri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....