Home Nasional Komen beri kesan mental atlet dianggap buli siber – Fahmi
Nasional

Komen beri kesan mental atlet dianggap buli siber – Fahmi

Komen beri kesan mental atlet dianggap buli siber – Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengakui komen yang dikeluarkan oleh segelintir warganet terhadap para atlet Sukan Olimpik Paris 2024 di media sosial bersifat kasar.

Fahmi menegaskan ia boleh dianggap buli siber sekiranya memberi kesan ke atas mental atlet dan tindakan akan diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) jika menerima aduan.

\”Sejujurnya ramai atlet yang kita lihat (jadi mangsa) komen netizen (di media sosial), sama ada akaun betul atau palsu… agak kasar terhadap mereka.

\”MCMC dari semasa ke semasa ada menerima laporan,\” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai 2024 di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, konvensyen julung kali diadakan tersebut menggabungkan parti-parti komponen bernaung bawah Kerajaan Perpaduan.

\”Satu permulaan yang baik dan kita harap akan dapat menjana satu semangat perpaduan lebih utuh, memandang (sekarang) bulan kebangsaan… kita bercakap secara tak langsung tentang perpaduan rakyat tetapi segi politik juga di Lembah Pantai… kita dapat wujudkan perpaduan itu,\” katanya.

Turut hadir Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz dan Naib Ketua Amanah Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ramli Tahir.

Related Articles

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan
Nasional

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan

FOTO HIASAN / BERNAMALABUAN, 2 Januari- Seramai 1,279 calon menduduki peperiksaan Sijil...

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu
Nasional

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong memberi kata-kata semngat kepada...

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar
Nasional

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar

Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz membantu salah seorang calon SPM di Sekolah...

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas
Nasional

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 2 Januari- Seramai 433 penduduk daripada 94 keluarga terjejas...