Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Koleksi kenderaan Sultan Ibrahim jadi tarikan utama Pameran Raja Kita 2024
Nasional

Koleksi kenderaan Sultan Ibrahim jadi tarikan utama Pameran Raja Kita 2024

Koleksi kenderaan Sultan Ibrahim jadi tarikan utama Pameran Raja Kita 2024

Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium, Mohd Razaimi Hamat

KUALA LUMPUR, 24 Julai-Lebih 180 koleksi peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dibawa dari Johor khusus untuk Pameran Raja Kita 2024.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium, Mohd Razaimi Hamat, pameran itu dilaksana selama dua bulan bermula 26 Julai hingga 29 September bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Pameran tersebut juga membawa pengunjung mengenali lebih dekat hobi, minat dan peribadi Seri Paduka Baginda.

Inisiatif itu peluang terbaik buat rakyat untuk menghayati dan memahami keistimewaan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.

\”Jabatan Muzium amat bertuah. Kita dapat pamerkan dan terima koleksi Muzium Abu Bakar Johor berkait biografi Tuanku berdua. Antara yang menarik, koleksi kenderaan Tuanku, motosikal Harley Davidson, Morgan dan basikal zaman kanak-kanak Tuanku, begitu juga dnegan kenderaan yang digunakan pada Kembara Mahkota Johor yang dekat dengan masyarakt dan rakyat Johor,\”katanya.

Pengunjung juga berpeluang melihat karya seperti lukisan, catatan dan lakaran hasil tangan Raja Permaisuri Agong.

Razaimi ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...