Home Nasional Kolej tingkatan enam akan diwujudkan di Perlis
Nasional

Kolej tingkatan enam akan diwujudkan di Perlis

Kolej tingkatan enam akan diwujudkan di Perlis

Foto Istana Perlis

KANGAR, 2 September- Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyokong penuh hasrat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, mewujudkan sebuah Kolej Tingkatan Enam di Perlis.

Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sedang merangka beberapa inisiatif untuk pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) termasuk perancangan membina Kolej Tingkatan Enam Premium pada tahun hadapan.

Titah baginda Kolej Tingkatan Enam Perlis dilihat satu perkara mustahak sebagai satu langkah bagi memberikan fokus kepada program Pra Universiti Tingkatan Enam daripada segi peranan, pencapaian dan prestasi kemenjadian pelajar.

\”Satu tapak tanah milik Kerajaan Persekutuan yang bersesuaian harus dikenal pasti untuk tujuan tersebut terlebih dahulu\” Titah baginda ketika berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan Bantuan Serta merta Pra-Universiti berjumlah RM 301,200 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 251 orang pelajar tingkatan enam mewakili lapan buah sekolah menengah terpilih di Jabatan Pendidikan Negeri, di sini.

\”Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Alawiyah Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma,\” titah Baginda.

Setiap pelajar menerima sumbangan RM1,200 yang diagihkan kepada pelajar semester dua yang mencapai sekurang-kurangnya CGPA 1.8.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...