Home Nasional KMJG 2024 tiba di Pahang
Nasional

KMJG 2024 tiba di Pahang

KMJG 2024 tiba di Pahang

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada Jabatan Penerangan Negeri Pahang itu dilakukan oleh Ketua KMJG 2024 Negeri Johor, Saiful Hisham Mansor

ROMPIN, 27 Julai- Konvoi KembaraMerdekaJalur Gemilang (KMJG) 2024 kini berkunjung di negeri Pahang bagi lokasi kelima siri jelajah selepas Johor.

Sesi penyerahan Jalur Gemilang diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Keratong 3, Rompin yang merupakan lokasi pertama persinggahan di Pahang.

\”Alhamdulillah, Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Johor telah selamat tiba ke negeri Pahang sebagai penyerahan konvoi untuk dimulakan di negeri Pahang.

\”Kami di Johor, telah pun berkonvoi selama empat hari meliputi beberapa daerah daripada 10 daerah di Johor dan akhirnya sampai di Pahang di Keratong 3 untuk dimulakan pula proses yang sama di negeri Pahang,\”kata Pengarah Penerangan Negeri Johor, Saiful Hisham Mansor.

Lima daerah terlibat sepanjang tiga hari siri jelajah di Pahang bermula hari ini sehingga 29 Julai 2024.

Daerah terlibat adalah Rompin, Bera, Bentong, Maran dan Kuantan melibatkan jumlah jarak 484.6 kilometer.

Program ini turut melibatkan 66 orang peserta terdiri daripada JaPen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Unit Komunikasi Strategik (UKS), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kelab Permotoran Suzuki V-Strom.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...