Home Nasional KMJG 2024: Semarakkan rasa cintakan negara melalui kibaran Jalur Gemilang
Nasional

KMJG 2024: Semarakkan rasa cintakan negara melalui kibaran Jalur Gemilang

KMJG 2024: Semarakkan rasa cintakan negara melalui kibaran Jalur Gemilang

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di Melaka

ALOR GAJAH, 23 Julai– Lebih 100 kenderaan pelbagai jenis menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di Melaka.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata pengisian program ini bukanlah sekadar menyelusuri jalanan, malah membawa mesej kepada orang ramai agar menghayati semangat cintakan negara melalui kibaran Jalur Gemilang.

Konvoi akan menjelajah lima lokasi sekitar Melaka, bermula di Freeport A\’ Famosa dan bergerak ke Sekolah Menengah Seri Tanjung, IPD Jasin, Pusat Rekreasi Chohong dan berakhir di Dataran Tangkak.

\”Harini kita raikan lebih kurang 20 orang pesara polis untuk kita menandakan penghargaan kita kepada perjuangan dan pengorbanan mereka. Esok kita akan bersama Persatuan Bekas Tentera untuk kita raikan bekas tentera.

\”Di samping itu kita juga libatkan pelajar sekolah peringkat menengah sama-sama suntikkan semangat ini kepada mereka agar mereka terdidik lebih awal tentang kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang\”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Freeport A Famosa, Alor Gajah.

Konvoi KMJG2024 yang bermula semalam akan menjelajah ke Selangor, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan akan berakhir di Kuala Lumpur pada 21 Ogos ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....