Home Nasional KKR pastikan Projek LTU Gua Musang siap 2027
Nasional

KKR pastikan Projek LTU Gua Musang siap 2027

KKR pastikan Projek LTU Gua Musang siap 2027

Projek LTU

GUA MUSANG, 17 Julai-Kementerian Kerja Raya (KKR) giat menyiapkan lima pakej Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Gua Musang yang menelan kos RM1.59 bilion tempoh masa yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat lima projek LTU Gua Musang yang kini dalam pembinaan di daerah ini dan bakal siapa pada tahun 2027.

Datuk Ahmad berkata, projek LTU berkenaan dapat memberi kemudahan perhubungan kepada anak Kelantan yang bekerja di luar untuk pulang ke negeri ini.

Projek terbabit melibatkan Seksyen 3D (Bulatan Gua Musang ke Mentara), Seksyen 3B dan 3C (KM 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang), Seksyen 2C (Bukit Sejuk ke Bandar Baru Gua Musang), Seksyen 2B (Paloh 2 ke Bukit Sejuk) dan Seksyen 2A (Jambatan Sungai Lakit ke Paloh 2).

\”Dan tidak sesak. Yang penting kita ingin mengelakkan kesesakan ketika hari perayaan dan hujung minggu yang panjang untuk memudahkan anak-anak Kelantan pulang balik ke Negeri Kelantan yang cari rezeki di luar tanpa kesesakan.

\”Ia satu lebuh raya tanpa tol di semenanjung selepas lebuh raya tanpa tol Pan Borneo di Sabah dan Sarawak dan ini adalah usaha Persekutuan yang sangat bermanfaat untuk rakyat\”, katanya demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat di Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang di Bandar Baru di sini.

Sementara itu, projek pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musang yang menelan kos lebih RM9 juta bakal memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk di kawasan Dewan Undangn Negeri (DUN) Nenggiri.

Katanya, pembinaan projek yang bakal siap pada Mac 2025 dapat menghubungkan jalan raya di antara kawasan Bertam Baru dan Bertam Lama yang sebelum ini dipisahkan oleh Sungai Nenggiri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....